Lebih 7,000 hektar tanah di Perak diceroboh pihak tidak bertanggungjawab dengan pelbagai aktiviti sehingga Disember 2022.<br /><br />Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata daripada jumlah itu, pertanian direkodkan sebagai aktiviti pencerobohan tertinggi iaitu melibatkan seluas 7,307.59 hektar tanah atau 92.82 peratus.<br /><br />Manakala selebihnya melibatkan aktiviti penternakan dan penempatan setinggan haram.